Monday, February 1, 2010

Rancangan Pemasaran Hasil Pertanian



Rancangan pemasaran dibuat bagi mengelakkan daripada risiko buruk terhadap perniagaan. Risiko boleh dikurangkan dengan adanya maklumat tentang harga dan kuantiti yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak boleh disandarkan sepenuhnya memandangkan perubahan harga yang tidak menentu tertutama barangan segar dan yang mudah rosak banyak berkait rapat dengan quantiti dan lambakan barangan tersebut di pasaran pada satu-satu masa. Namun, dengan ada maklumat ini adalah lebih baik dari tiada langsung maklumat yang boleh dirujuk.

Maklumat mengenai trend harga yang lalu boleh membantu meminimumkan risiko. Ia amat membantu dalam beberapa perkara seperti membuat keputusan tempat penyimpanan barangan sebelum dijual dipasaran atau membuat keputusan untuk bertanam tanaman alternatif yang sesuai

Antara perancangan yang perlu dibuat untuk pemasaran adalah:

  • Menentukan tempat jualan

    Menentukan tempat jualan adalah penting bagi petani. Tempat jualan haruslah sesuai dan mudah dikunjungi oleh ramai bakal pelanggan. Dalam beberapa situasi tertentu pekebun ada beberapa pilihan. Mereka boleh:

    "Menjual di tepi kebun;
    "Menghantar ke pasar;
    "Bekalkan kepada pemborong secara terus;
    "Menjual secara terus kepada peruncit atau syarikat besar yang menpunyai banyak kedai runcit atau pasaraya;
    "Menjual kepada syarikat yang mempunyai perjanjian atau kontrak untuk membeli tanaman;
    "Menjual secara terus kepada pengguna di pekan/bandar.

    Lebih jauh rantaian pasaran yang dilalui oleh petani, lebih tinggilah harga yang akan ditawarkan oleh pasaran kepada petani. Walau bagaimanapun, harga jualan yang lebih tinggi tidak bermakna petani dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini bergantung pula kepada kos yang terlibat dalam pengurusan jualan kepada pengguna akhir atau pelanggan. Sebagai contoh, kos boleh meningkat dari kebiasaan jika jenis pengangkutan yang sesuai tidak dipadankan dengan jumlah kuantiti yang kecil untuk perjalanan yang jauh berbanding hasil yang sama di jual terus kepada orang tengah.

  • Perbandingan harga diterima

    Dengan adanya maklumat harga yang tepat, pekebun boleh membezakan harga jualan mereka dengan harga di pasaran. Oleh itu, para petani berpeluang membuat perbandingan harga terhadap harga-harga yang ditawarkan dari atau kepada orang tengah. Ini bermaksud, para petani mempunyai kuasa penentu dalam memilih orang tengah yang sesuai yang menawarkan harga yang lebih baik dan kompetetif berbanding harga semasa di pasaran. Maka, dengan itu, perundingan yang lebih tegas dapat dilaksanakan seterusnya dapat memperbaiki kualiti dan kuntiti hasil pengeluaran mereka. Hebahan harga semasa ini juga boleh dimanfaatkan para petani sebagai titik permulaan dalam perbincang dengan orang tengah.

    Perbandingan harga adalah penting kepada petani yang menghantar produk mereka kepada agen atau pembekal di pasar borong. Petani yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang harga pasaran hanya akan menerima secara bulat-bulat tentang harga suatu produk dari agen yang menawarkan untuk membeli produk tersebut dengan harga yang tertentu.

    Urusniaga ini memerlukan petani percaya kepada agen untuk memperolehi harga yang terbaik. Walau bagaimanapun petani masih boleh membezakan harga yang diterima dengan harga pasaran dengan pemerhatian yang dibuat sendiri.

  • Menentukan untuk dijual atau disimpan

    Petani yang mempunyai produk tanaman yang mudah rosak biasanya mempunyai ruang yang kecil atau singkat untuk memasarkan hasil mereka. Keputusan harus dibuat samada mereka mungkin boleh mempercepat atau memperlambatkan hasil tuaian mereka dalam beberapa hari. Namun, kebiasaannya mereka tetap harus menjual hasil tanaman apabila telah capai tempoh matang suatu tanaman tersebut. Petani yang menghasilkan tanaman bijirin seperti jagung dan padi, atau tanaman seperti bawang dan ubi mempunyai pilihan yang lebih baik dalam memasarkan hasil tanaman mereka. Mereka boleh menyimpannya sehingga tahap harga yang lebih tinggi atau sesuai di pasaran dengan menyimpan hasil tersebut di tempat penyimpanan yang sesuai.

    Perkhidmatan maklumat pasaran oleh FAMA mengandungi data tentang trend harga bermusim. Dengan ini, petani boleh memperolehi idea tentang bentuk atau trend harga bermusim. Sekiranya harga tuaian tidak akan meningkat sepanjang tahun maka penyimpanan mungkin tidak menguntungkan.

  • Menentukan sama ada menanam “produk luar musim”

    Petani mempunyai banyak manfaat jika mempunyai data lalu tentang harga pasaran pada musim-musim tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada masa yang lepas, kebanyakan petani menghadapi masalah apabila masa tuaian mereka sama dengan petani lain. Hasilnya mereka mendapat harga yang rendah kerana lambakan produk yang sama dipasaran. Walaubagaimanapun, dengan teknik moden dan pelbagai pilihan yang ada memungkinkan tuaian dilambatkan dan corak pengeluaran dapat ditentukan. Data harga pada musim-musim tertentu memberikan maklumat tentang harga yang dikehendaki oleh petani daripada penghasilan suatu produk luar musim.

    Walaupun begitu, kenyataan bahawa petani akan mendapat harga jualan yang tinggi tidak bermaksud mereka perlu segera merancang untuk penghasilan luar musim. Jika perkara tersebut sebegitu mudah, semua petani akan melakukan perkara yang sama. Secara amnya penghasilkan luar musim melibatkan pelaburan yang tinggi (contoh, saluran plastik); kos pengeluaran yang tinggi (contoh, racun kawalan perosak) dan menyebabkan penghasilan yang rendah. Oleh itu, pekerja sokongan diperlukan untuk membantu petani untuk mengira kos penghasilan bagi menentukan unjuran jangkaan harga jualan.

  • Menentukan sama ada menanam tanaman yang berbeza

    Jika tanaman baru boleh meningkatkan hasil pendapatan, petani perlu cenderung untuk cuba menghasilkannya. Petani harus dibantu untuk mengira sama ada pelaburan untuk menanam tanaman baru mampu menghasilkan keuntungan atau sebaliknya. Maklumat pada harga pasaran yang lalu perlu untuk mereka membuat keputusan.

    Sebenarnya, petani harus mempertimbangkan untuk mempelbagaikan tanaman baru jika peluang terbuka luas dipasaran tertentu.

No comments:

Post a Comment