Monday, February 1, 2010

Rancangan Pemasaran Hasil Pertanian



Rancangan pemasaran dibuat bagi mengelakkan daripada risiko buruk terhadap perniagaan. Risiko boleh dikurangkan dengan adanya maklumat tentang harga dan kuantiti yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak boleh disandarkan sepenuhnya memandangkan perubahan harga yang tidak menentu tertutama barangan segar dan yang mudah rosak banyak berkait rapat dengan quantiti dan lambakan barangan tersebut di pasaran pada satu-satu masa. Namun, dengan ada maklumat ini adalah lebih baik dari tiada langsung maklumat yang boleh dirujuk.

Maklumat mengenai trend harga yang lalu boleh membantu meminimumkan risiko. Ia amat membantu dalam beberapa perkara seperti membuat keputusan tempat penyimpanan barangan sebelum dijual dipasaran atau membuat keputusan untuk bertanam tanaman alternatif yang sesuai

Antara perancangan yang perlu dibuat untuk pemasaran adalah:

  • Menentukan tempat jualan

    Menentukan tempat jualan adalah penting bagi petani. Tempat jualan haruslah sesuai dan mudah dikunjungi oleh ramai bakal pelanggan. Dalam beberapa situasi tertentu pekebun ada beberapa pilihan. Mereka boleh:

    "Menjual di tepi kebun;
    "Menghantar ke pasar;
    "Bekalkan kepada pemborong secara terus;
    "Menjual secara terus kepada peruncit atau syarikat besar yang menpunyai banyak kedai runcit atau pasaraya;
    "Menjual kepada syarikat yang mempunyai perjanjian atau kontrak untuk membeli tanaman;
    "Menjual secara terus kepada pengguna di pekan/bandar.

    Lebih jauh rantaian pasaran yang dilalui oleh petani, lebih tinggilah harga yang akan ditawarkan oleh pasaran kepada petani. Walau bagaimanapun, harga jualan yang lebih tinggi tidak bermakna petani dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini bergantung pula kepada kos yang terlibat dalam pengurusan jualan kepada pengguna akhir atau pelanggan. Sebagai contoh, kos boleh meningkat dari kebiasaan jika jenis pengangkutan yang sesuai tidak dipadankan dengan jumlah kuantiti yang kecil untuk perjalanan yang jauh berbanding hasil yang sama di jual terus kepada orang tengah.

  • Perbandingan harga diterima

    Dengan adanya maklumat harga yang tepat, pekebun boleh membezakan harga jualan mereka dengan harga di pasaran. Oleh itu, para petani berpeluang membuat perbandingan harga terhadap harga-harga yang ditawarkan dari atau kepada orang tengah. Ini bermaksud, para petani mempunyai kuasa penentu dalam memilih orang tengah yang sesuai yang menawarkan harga yang lebih baik dan kompetetif berbanding harga semasa di pasaran. Maka, dengan itu, perundingan yang lebih tegas dapat dilaksanakan seterusnya dapat memperbaiki kualiti dan kuntiti hasil pengeluaran mereka. Hebahan harga semasa ini juga boleh dimanfaatkan para petani sebagai titik permulaan dalam perbincang dengan orang tengah.

    Perbandingan harga adalah penting kepada petani yang menghantar produk mereka kepada agen atau pembekal di pasar borong. Petani yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang harga pasaran hanya akan menerima secara bulat-bulat tentang harga suatu produk dari agen yang menawarkan untuk membeli produk tersebut dengan harga yang tertentu.

    Urusniaga ini memerlukan petani percaya kepada agen untuk memperolehi harga yang terbaik. Walau bagaimanapun petani masih boleh membezakan harga yang diterima dengan harga pasaran dengan pemerhatian yang dibuat sendiri.

  • Menentukan untuk dijual atau disimpan

    Petani yang mempunyai produk tanaman yang mudah rosak biasanya mempunyai ruang yang kecil atau singkat untuk memasarkan hasil mereka. Keputusan harus dibuat samada mereka mungkin boleh mempercepat atau memperlambatkan hasil tuaian mereka dalam beberapa hari. Namun, kebiasaannya mereka tetap harus menjual hasil tanaman apabila telah capai tempoh matang suatu tanaman tersebut. Petani yang menghasilkan tanaman bijirin seperti jagung dan padi, atau tanaman seperti bawang dan ubi mempunyai pilihan yang lebih baik dalam memasarkan hasil tanaman mereka. Mereka boleh menyimpannya sehingga tahap harga yang lebih tinggi atau sesuai di pasaran dengan menyimpan hasil tersebut di tempat penyimpanan yang sesuai.

    Perkhidmatan maklumat pasaran oleh FAMA mengandungi data tentang trend harga bermusim. Dengan ini, petani boleh memperolehi idea tentang bentuk atau trend harga bermusim. Sekiranya harga tuaian tidak akan meningkat sepanjang tahun maka penyimpanan mungkin tidak menguntungkan.

  • Menentukan sama ada menanam “produk luar musim”

    Petani mempunyai banyak manfaat jika mempunyai data lalu tentang harga pasaran pada musim-musim tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada masa yang lepas, kebanyakan petani menghadapi masalah apabila masa tuaian mereka sama dengan petani lain. Hasilnya mereka mendapat harga yang rendah kerana lambakan produk yang sama dipasaran. Walaubagaimanapun, dengan teknik moden dan pelbagai pilihan yang ada memungkinkan tuaian dilambatkan dan corak pengeluaran dapat ditentukan. Data harga pada musim-musim tertentu memberikan maklumat tentang harga yang dikehendaki oleh petani daripada penghasilan suatu produk luar musim.

    Walaupun begitu, kenyataan bahawa petani akan mendapat harga jualan yang tinggi tidak bermaksud mereka perlu segera merancang untuk penghasilan luar musim. Jika perkara tersebut sebegitu mudah, semua petani akan melakukan perkara yang sama. Secara amnya penghasilkan luar musim melibatkan pelaburan yang tinggi (contoh, saluran plastik); kos pengeluaran yang tinggi (contoh, racun kawalan perosak) dan menyebabkan penghasilan yang rendah. Oleh itu, pekerja sokongan diperlukan untuk membantu petani untuk mengira kos penghasilan bagi menentukan unjuran jangkaan harga jualan.

  • Menentukan sama ada menanam tanaman yang berbeza

    Jika tanaman baru boleh meningkatkan hasil pendapatan, petani perlu cenderung untuk cuba menghasilkannya. Petani harus dibantu untuk mengira sama ada pelaburan untuk menanam tanaman baru mampu menghasilkan keuntungan atau sebaliknya. Maklumat pada harga pasaran yang lalu perlu untuk mereka membuat keputusan.

    Sebenarnya, petani harus mempertimbangkan untuk mempelbagaikan tanaman baru jika peluang terbuka luas dipasaran tertentu.

Projek Tanaman Pisang

Pendahuluan

Pisang atau nama saintifiknya musa parasidiaca L. banyak terdapat di kawasan beriklim Tropika. Tanaman ini banyak ditanam di kebun- kebun kecil sebagai tanaman utama, kontan atau selingan.


Jenis

Antara jenis yang digemari ramai ialah Pisang Berangan, Embun (bunga), Raja Restali, Tanduk, Emas dan Kultivar seperti Pisang Nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Iklim

Iklim tropika amat sesuai untuk tanaman Pisang, iaitu suhu melebihi 210C (700F) dan hujan serata serta tetap, tidak kurang daripada 10 sm (4 inci) purata tiap bulan

Tanah

Tanaman Pisang sesuai ditanam diatas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air, walaupun pisang memerlukan kelembapan tinggi dalam tanah.

4. Amalan Kultur

Penyediaan kawasan
  • Pembersihan kawasan menggunakan jentera atau tenaga manusia.
  • Pokok-pokok yang telah ditebang dilonggokkan dan dimusnahkan.
  • Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak.
  • Pembarisan dan menggali lubang dilakukan selepas penyediaan tanah.


Prasarana tanah
  • Jalan ladang perlu perlu disediakan mengikut kawasan atau blok berdasarkan pada luas ladang, bentuk muka bumi, kedudukan kemudahan pengurusan dan rumah pengendalian.
  • Saliran yang mencukupi adalah penting bagi mengelakkan takungan air.


Penyediaan Benih Tanaman
  • Pengeluaran benih pisang secara sulur
Pembiakan tampang ini adalah satu kaedah mudah dan selalu digunakan dalam penyediaan benih tanaman pisang. Sulur pedang yang berbentuk kon, berdaun tirus dan mempunyai bahagian umbisi besar adalah dipilih untuk dijadikan bahan tanaman. Sulur pedang yang dipilih berukuran 45 - 100cm tinggi dengan berat antara 1 - 1.5 kg sebelum dibersihkan.

Pastikan sulur yang dikorek untuk dijadikan bahan tanaman mempunyai umbisi yang mencukupi bagi menampung bahan makanan untuk pertumbuhan akar sulur. Sulur yang dipilih dibersihkan dan semua akar dan tisu yang rosak serta reput dibuang. Benih tersebut dirawat dengan campuran satu bahagian formaldehid dengan 4000 bahagian air untuk mengawal cacing nematod sebelum ditanam di ladang.

  • Pengeluaran benih menggunakan teknik 'Quartering'
Benih pisang ini dibiakkan melalui umbisi pisang yang mengandungi matatunas. Sulur pisang dibersihkan daripada akar dan kotoran yang terdapat pada bahagian umbisi. Bahagian pangkal sulur pisang diasingkan dari bahagian umbisi. Seterusnya keratan umbisi pisang tersebut dipotong kecil berukuran 4 -5 cm dan dirawat dengan merendam ke dalam campuran berikut selama 30 minit.
-Racun kulat (spt. Benomyl 50% w/w) :50g/4.5 liter air
- Racun serangga ( spt. Cypermethrin 5.5% w/w) : 5ml/4.5 liter air
-Hormon Penggalak akar :50 g/4.5 liter air

Keratan umbisi pisang tersebut disemai di dalm pasir di rumah lindungan dengan kedalaman 5 -6 cm. Seterusnya dikambus dengan pasir supaya tidah terdedah kepada matahari dan ditutup dengan guni jut. Semaian hendaklah disiram 2 kali sehari dan selepas 3 minggu anak pisang yang tumbuh dari umbisi tersebut dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 150mm x 230mm. Selepas dua minggu di dalam polibeg anak pisang tersebut boleh ditanam di ladang.
  • Pengeluaran benih tanaman tisu didik
Benih pisang dibiak secara in vitro di antara induk terpilih dan secara pengeluaran yang begitu terkawal menghasilkan anak - anak benih didapati seragam dengan benih sulur.Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm atau mempunyai 6 - 7 helai daun selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang.


Sistem penanaman
  • Tanaman tunggal
  • - Tanaman tunggal diusahakan untuk pengeluaran pisang secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1600 pokok sehektar. Pada jarak 3. x 3m kepadatan mencapai 1100 pokok sehektar.

    - Kultivar Cavendish, berangan dan mas biasanya ditanam sebagai tanaman tunggal secara besar-besaran untuk pasaran eksport. Kultivar pisang lang, nipah dan juga awak ditanam secara tunggal untuk siproses memenuhi pasaran tempatan.Pada amnya pelbagai jarak tanaman ditentukan mengikut status kesuburan tanah atau kemudahan operasi di ladang. Kepadatan tanaman boleh ditingkatkan di tanah yang subur.

  • Tanaman selingan
  • - Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang dengan jarak 3m x3m dengan kepadatan 700 - 900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang besesuaian.



Penanaman di Ladang lubang -lubang berukuran 30X 30X 30 cm digali dan diisi dengan campuran 100 g baja fosfat (CIRP), 100 g kapur (Ground Magnesium,Lime GML @ Clinop Zeolite / Lahar Gunung Berapi), 100 g naja NPK 8:8:8, 25 g Carbofuran dan 0.5 kg baja organik sebelum pisang ditanam.


Gambar rajah: Pemangkasan dan Penjagaan Sulur Pisang Mas

Gambar rajah: Pemangkasan dan Penjagaan Sulur Pisang Berangan dan Rastali
pemangkasan dan penjagaan sulur pisang berangan dan rastali


Catasan pelepah Pelepah yang telah tua dan berpenyakit perlu di cantas dari peringkat awal penanaman.


Menyokong pokok Batang pisang perlu di tongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.


Pembungkusan tandan pisang
  • Pembungkusan boleh dilakukan di peringkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah.
  • Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu.
  • Penandaaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.

5. Penggredan

Gred Mas* Rastali* Berangan*
A 10 - 8.6 cm 11 - 9.6 cm 12.5 cm ke atas
B 8.5 - 9.9 cm 9.5 - 10.9 cm 11.5 - 12.4 cm
C 6.5 - 8.4 8.5 - 9.4 cm 10.5 - 11.4 cm

* Gred mengikut panjang jejari pisang


Program Pembajaan Tanaman Pisang


Bulan Selepas Tanam Jenis Baja

Pisang Mas Kadar Perbelanjaan (g/pokok)

Pisang Berangan, Rastali, Cavendish (g/pokok)
Semasa Tanam CIRP 100 100

8:8:8 60 60

GML /CZ 100 60
1 15:15:15 60 100
2 15:15:15 100 150
3 15:15:15 100 150
4 15:15:15 150 150
5 15:15:15 150 150
6 12:12:17:2 100 75

MOP 50 75
9 12:12:17:2 100 250
12 12:12:17:2 150 -

15:15:15 - 250
13 GML / CZ 1000 1000
15 15:15:15 150 200
18 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 250
21 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 300

MOP 50 100
24 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 400

CIRP - Christmas Islands Rock Phosphate

CZ - Clinop Zeolite (Lahar Gunung Berapi)

MOP- Muriate o Potash

GML- Ground Magnesium Limestone