Wednesday, August 5, 2009

RACUN SERANGGA ORGANIK

1. RACUN SERANGGA PEROSAK ORGANIK

Bahan-bahan yang diperlukan :
Air bersih ( bebas klorin ) 600 ml
Molases / Gula Merah 100 ml
Spirit 100 mlCuka asli 100 ml
EM-1 100 ml
Boleh tambah hirisan halia atau cili yang telah diperam selama 8 hari.

Untuk penggunaan:

Cairkan pada nisbah 1:500. Kadar pH 3.7Bahan-bahan tersebut diperam selama 8 hari. Selepas hari ke-8, tapis cairan sebelum digunakan.


2. RACUN SERANGGA BERASASKAN TUMBUHAN HIJAU

Bahan yang diperlukan:
EM, Molases / Gula Merah & Dedaun yang mempunyai unsur perubatan & herba seperti bawang putih, cili kering, batang pokok pittaya, daun lidah buaya dll )

Bahan-bahan tersebut diperap selama 5 hari. Selepas hari ke-5, pati yang dihasilkan dicampur dengan 10 liter air bersih. Sembur pada tanaman 2 hari sekali.


3. RACUN SERANGGA PEROSAK ORGANIK II


Bahan-bahan yang diperlukan :
EM-1 100 ml
Molases / Gula Merah 100 ml
Bawang Putih 200 gram
Cili Kering 200 gram
Daun Buluh / Daun Kari / Daun Asam Gelugor / Asam Jawa 200 gram
Daun Lidah Buaya 200 gram
Dedaun yang boleh menghalau serangga 200 gram
Air Bersih ( Bebas Klorin ) 20 liter

Campur semua bahan tersebut & peram selama 6 hari. Selepas hari ke-6 tapis cecair yang terhasil & simpan dalam bekas kedap udara. Hampas & sisa yang tertinggal boleh dijadikan baja.Nisbah untuk siraman ke tanaman - 100 ml cecair yg diperam : 10 liter air bersih ( bebas klorin )

Sumber Maklumat : asastaniorganik.wordpress.com

No comments:

Post a Comment