Thursday, August 20, 2009

PUMPKIN



























































Projek tanaman labu lemak ini telah kami usahakan pada pertengahan tahun 2009. Lokasi penanaman adalah di Jalan Sekolah Dato' Manan, Kg. Sg. Tengi Kanan (Wetan). Kebun seluas 1 1/4 ekar ini adalah milik Keluarga En. Mohd Khairuzzaki iaitu salah seorang rakan kongsi dalam projek usahasama pertanian ini. Pada awalnya, kebun ini telah ditanam dengan pokok cili merah dengan menggunakan kaedah fertigasi. Setelah jangka hayat tanaman cili merah berakhir, kami memutuskan untuk mencuba tanaman labu lemak sebagai tanaman selingan sebelum projek mega seterusnya dapat dilaksanakan ditapak yang sama.

Hasil penyelidikan dan rundingan kami dengan pihak jabatan pertanian dan FAMA, kami memulakan projek ini dengan membersihkan kawasan berkenaan. Proses penanaman memakan masa selama 2 hari dengan tenaga kerja seramai 3 orang yang terdiri daripada ahli rakan kongsi sahaja bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

Kerja-kerja pembajaan telah mula dilakukan selepas umur anak labu mencecah 2 minggu. Pokok-pokok labu menghijau tatkala menerima bantuan makanan yang terdiri daripada baja urea. Malangnya.......sebaik umur pokok labu mencecah 4 minngu, musim tengkujuh melanda menyebabkan kawasan tanaman digenangi air akibat sistem perparitan/saliran yang kurang baik. Keadaan ini telah menjejaskan kesuburan tanaman berkenaan hingga menyebabkan tanaman ini kekuningan dan layu seterusnya menamatkan riwayat tanaman ini dalam nada yang amat syahdu...







No comments:

Post a Comment